Cerita Hantu : Amerika/ Afrika
Exact Publisher
Regular price
RM12.90
RM11.60
Sale
Penulis: Yim Kang-jae
Pelukis: Jung Hyun-hee
ISBN: 9789673505029
Sinopsis:
Tekak Syaitan
Air Terjun Iguazu juga dikenali sebagai Tekak Syaitan. Kononnya sesiapa yang merenung air terjun ini lama-lama akan terdengar panggilansyaitan lalu terjun ke bawah tanpa disedari. Pada waktu malam, Omar telah menuju ke arah air terjun seorang diri...
Hantu di Dalam Perpustakaan
Khabarnya terdapat sebuah buku larangan di Perpustakaan Universiti Botswana. Jika seseorangterbaca buku itu, rohnya akan terkurung buat selama-lamanya. Ryan terjumpa sebuah buku dan mendapati dirinya dapat memahami tulisan yang ganjil itu. Jangan-jangan buku itu...
Makam Firaun
Hassan tidak percaya akan sumpahan Tutankhamun. Bagi dia, itu cuma khabar angin untuk menekutkan penceroboh makam firaun. Apabila Makam Firaun Tutankamun berjaya ditemui, Hassan terus masuk ke dalam makam itu. Namun, apabila malam menjelang...