Dear customer, due to MCO, we are unable to make sure all the stocks are available. Kindly drop in your order for us to check before proceeding to payment. Please send the list to 012-9883209.
Cerita Hantu : Rusia

Cerita Hantu : Rusia

Exact Publisher

Regular price RM14.90 RM13.40 Sale

Penulis: Kim Hye-ryeon

Pelukis: Jung Hyun-hee

ISBN: 9789673503834

Sinopsis: 

Jam Bertuah

Orang Rusia mempercayai bahawa seseorang dianggap bertuah sekiranye ternampak jam digital menunjukkan digit yang sama. Anton ternampak sebuah jam yang menunjukkan '1:11' berhampiran Katedral Santo Basil dan menjadi bertuah sejak hari itu. Namun, adakah itu betul-betul nasib baik ataupun suatu mimpi teruk?

Misteri Perigi Buta 

Dimitri iri hati terhadap Viktor yang digemari oleh pelajar-pelajar perempuan dan merancang untuk mengenakannya. Dia mencabar Viktor untuk pergi ke sebuah perigi yang terbiar pada pukul 12.00 tengah malam. Kononnya, seseorang itu akan mati jika tidak nampak bayangnya sendiri...

Suara yang Merdu

Kononnya, seseorang akan mendengar suara yang merdu seperti buluh perindu dengan mendail nombor '666'. Namun, nombor itu tidak boleh didail melebihi dua kali. Brystrov tertarik dengan suara itu lalu mendail untuk kali ketiga, akibatnya...