Kisah Sekolah Berhantu 1 : Lif Berhantu
Exact Publisher
Regular price
RM12.90
RM11.60
Sale
Penulis: Lee Jae-yoon
Pelukis: Park Seong-il
ISBN: 9789673504558
Prakata:
Selamat Datang ke Dunia yang Menyeramkan!
Semasa kecil, saya selalu berkunjung ke rumah nenek. Setiap kali menikmati pencuci mulut yang disediakan oleh nenek, saya pasti akan memintanya menceritakan kisah hantu. Sebaik-baik sahaja nenek memulakan ceritanya, saya akan tertarik sehingga terlupa untuk makan.
Cerita hantu tetap digemari oleh banyak orang walaupun menakutkan. Apabila mendengar cerita hantu, jantung saya akan berdegup kencang, malah dahi saya juga dibasahi peluh. Namun, saya tetap menanti-nantikan cerita yang seterusnya. Perasaan itu adalah seperti menonton filem seram. Saya akan menutup mata dengan kedua-dua tapak tangan, tetapi masih mengintai melalui celah jari disebabkan rasa ingin tahu.
Buku komik ini mengumpulkan pelbagai cerita hantu yang mendebarkan. Adik-adik sekalian, jangan takut. Tidak kira betapa dahsyat pun ceritanya, beranikanlah diri untuk membaca buku ini. Saya telah berjaya menangkis perasaan takut saya, anda juga pasti boleh!
Sekarang, jom jelajahi dunia yang penuh seram.